Thursday 27 October 2011

jawapan pantun teka teki...

1. ayam
2.gasing
3.Buah Melaka
4.belon
5.tapak sulaiman
6.gajus
7.kilat
8.jarum
9.tali pinggang
10.buah tangan
11. belimbing
12.ikan pari
13.tangga
14.kelambu
15.gergaji
16.padi
17.ketam
18.cerek
19.gigi
20.umur
tu je yer......yaya sayang korang...muahhhhhhhhhhhhhhhhh....................bye...(^_^)

Saturday 22 October 2011

pantun teka-teki...

ok....dkt bawah ye teka teki dia...
1.Kalau tuan pergi ke kedai,
belikan saya sebungkus roti,
kalau tuan bijak pandai,
apa binatang keris di kaki?

2.Berjalan2 pada petang hari,
singgah sebentar di rumah Pak Ali,
Apabila bermain diikat sekuat hati,
dilempar hidup dipegang mati?

3.Pergi berkelah membawa bekal,
makan bersama di tepi pantai,
hilang budi bicara akal,
buah apa tidak bertangkai?

4.Pergi ke hutan mencari rusa,
tabah menempuh pelbagai rintangan,
cubalah teka wahai saudara,
semakin diisi semakin ringan?

5.Bunga melur bunga kemboja,
ditanam sebagai penyeri taman,
ramai orang datang bertanya,
Bintang apa hidup di lautan?

6.Anak arab naik keldai,
hendak membeli sehelai seluar,
Kalau tuan orangnya pandai,
buah apa bijinya di luar?

7.Kelip2 ku sangka api,
kalau api mana asapnya,
hilang ghaib di sangkakan mati,
Kalau mati mana kuburnya?

8.Jauh berjalan beribu batu,
hajat di hati hendak berguru,
badannya lurus bermata satu,
ekornya tajam apakah itu?

9.Mandi- manda di tepi perigi,
Perigi terletak di tepi bendang,
Kalau tuan bijak bestari,
ular apa membelit pinggang?

10.Pergi ke hutan mencari petai,
Petai dijual murah harganya,
Kalau menziarah sahabat handai,
buah apakah yang akan dibawa?

11.pokoknya bulat dan juga rendang,
Masam dan hijau ketika muda,
Buahnya berbentuk seperti bintang,
Sudah masak kuninglah ia.

12.Dayung sampan ke Pulau Pandan,
Meredah badai di tengah samudera,
Lebar kepala dari badan,
Ikan apakah cubalah teka?

13.Budak2 bermain kotak,
Bermain kotak di tepi perigi,
Dua peha beranak banyak,
Untuk mendaki tempat yang tinggi?

14.Penat bekerja di tengah sawah,
Tidak mengira siang dan malam,
Gajah putih di tengah rumah
Layar  terkembang pada waktu malam?

15.Cantik sungguh kedua2 mempelai,
Bagai pinang dibelah dua,
Jika tuan orang yang pandai,
Benda apakah makannya dua cara?

16.Kalau pergi ke kedai nyonya,
Jangan lupa membeli senduk,
Jika tuan pandai orangnya,
Semakin berisi semakin menunduk?

17.Makan nasi ulam pegaga,
Dimakan bersama sanak saudara,
Kalau tuan bijak laksana,
Binatang apa yang tiada kepala?

18.Bersahabat rakan di hari libur,
Hati riang ikut menyanyi,
Ia terdapat di dalam dapur,
Apabila mendidih ia berbunyi.

19.Sepasukan pengakap memuat gajet,
Untuk menyidai baju dan seluar,
Orang putih duduk sederet,
Pagar di dalam tebing di luar?

20.Duduk bersembang bersama puteri,
Sambil bersembang minum kopi,
Kalau tuan bijak bestari,
Apa yang naik tak pernah turun?

Da lah tu....anda ada 60 saat untuk menjawab teka teki ini...3,2,1,mula....tiiiiittttttttttttttttttttttttt............
bye....................(^_^)

Wednesday 19 October 2011

tokey kedai

satu hari.....sebuah gedung mengadakan jualan murah...berpusu-pusu orang ramai ingin memasuki gedung tersebut..sehingga ada yg beratur seawal2nya...Walaupun gedung itu dibuka pada waktu 8:30 pagi..
Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju ke depan..malangnya sebelom sempat sampai..tiba2 seorang lelaki di depan menolaknya kebelakang sambil memarahi..
woi...tak nampak ke org!!!Jerkahnya...sedap2 je nak potong line org..
Lelaki tersebut bangun semula...dan cuba menuju ke dpn semula...malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh..setelah beberapa kali mencuba untuk barisan depan..tapi tak berjaya..akhirnya dgn nada marah dia berkata ..

Ahhhhhhhh........kali ni kalau aku tak dpt ke sana jgk...Jangan harap aku nak bukakan kedai tu..!!!
Laaaaaaaaaa............tokey kedai rupanya...hehehehe...kesian dia kan..
hehe..

lakaran kehidupan-siti nurhaliza

Monday 17 October 2011

kisah gua ajaib

Pada suatu hari,Bedah dan bapanya pergi ke Kuala Lumpr dan singgah ke shopping mall..anak beranak ni baru first time datang Kuala Lumpur,selama ni asik duduk kat kampung je....
Jalan punya jalan,akhirnya Bedah ni terpandang lif...lalu dia pun tanyalah bapa dia.."pak,tu amende tu pak?
Bapak menjawab,"Entahlah nak...bapak pon baru kali ni nampak menatang tu...
Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok2 ,tergigil2 pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut....lif pon terbuka lalu nyonya tua masuk ke dalam lif tersebut..tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG!!!!
Kelualah sorang amoi punyalah cun mcm Britney Spears...lantas berkatalah bapak si bedah kepada bedah.
NAK!KAU PERGI AMBIK EMAK KAU BAWAK KEMARI,KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH...!!!!!!
Sekian,,mak nak tido..bye2..

Thursday 13 October 2011

cerita idea sendiri

Dear,
cerita lawak jugak...tapi kali ni lagi lawak....
Bayi nenek(tajuk)
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak.Rakan2nya datang berkunjung untuk menjenguknya....ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut..nenek itu berkata"

Nanti dulu...
beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi...tetapi nenek itu tetap berkata"Nanti dulu".
Akhirnya mereka bertanya...bila kami boleh melihat bayi engkau?
Bila dia menangis....kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?nenek itu berkata..."Sebabnya aku lupa...dimana aku letak bayiku tadi...

Kecemasan(tajuk)

Seorang pekerja lelaki bekerja di tingkat 13 menara KLCC...

Tiba2 ada orang menjerit...Omar...Omar...isteri engkau telefon ada kecemasan...!Kerana panik...lelaki ini terus meloncat keluar melalui tingkap dari tingkat 13 itu...ketika dia menghampiri tingkap tingat 9, baru dia teringat bahawa dia tidak ada isteri...setelah dia menghampiri tingkat 5,baru dia tersedar yang dia belum berkahwin..Dan ketika menyentuh tanah..Barulah dia sedar yang namanya bukan Omar!

Wednesday 12 October 2011

sambungan cerita lucu.....

Dear,
Hari ni yaya nak sambung cerita lucu tu...
Panadol(Tajuk)
Bidin melihat rakannya,Wafdi...sedang membuat kopi...Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya.Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi....
Bidin:Kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?
Wafdi:Kopi ni panas...bagi panadol...kurang sikit panas dia....
_____________________________________________________________________
Balik Awal(Tajuk)
Suatu hari seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal dari sekolah tidak seperti biasa..
Ibu:Adli kenapa kamu pulang awal hari ni sedangkan jam baru pukul 10:00 pagi...
Adli:oo..tadi Adli boleh jawab soalan cikgu Adli dengan tepat...lalu disuruh pulang...
Ibu:Ooooo....bagus...pandai anak ibu...apa soalan dari cikgu kamu tu?
Adli:Cikgu tanya...SIAPA YANG MEMBALING KASUT KE MUKA CIKGU?
___________________________________________________________________________

Monday 10 October 2011

koleksi cerita2 lucu...

Dear,
Hari ni yaya nak cerita pasal lawak je....
______________________________________________________________________________________________

Namaku(Tajuk)
Seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru kelasnya....
Guru:Kamu ni murid baru kan?
Murid:"Ya..cikgu"
Guru:Nama kamu siapa?
Murid:Man
Guru:Nama panjang kamu?

Murid:Mannnnnnnnnnnnnnnnnnn...................cikgu..

____________________________________________________________________________________
Diet(Tajuk)
Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk melakukan diet.Doktor berkata kepadanya....
"Anda mesti memakan sedikit roti panggang....sebiji buah-buahan dan segelas air kosong....
"Lelaki menjawab...Baiklah doktor....jadi....Itu semua haus saya makan sebelum atau sesudah makan,doktor?
_____________________________________________________________________________________
Teka Ayam(Tajuk)
Firdaus:Apa yang engkau bawa tu?
Ahmad:Ayam....cuba teka...berapa jumlahnya?kalau tekaanmu tepat....kesemua dua ekor ayam yang aku bawa ini akan ku kasi padamu!
Firdaus:Emmmmmmmmm...........tiga kot?
____________________________________________________________________________________

Sunday 9 October 2011

I"m New Blogger


saya adalah blogerrrr........
Horeyyyy.........nak tau ape yg ingin saya kongsi nanti???