Tuesday 29 November 2011

Boring....

krg ni yaya tgh boring sesangat...Mata pun tak boleh nak angkat...tido je...lpstu da takde keje tulis bloglah...apa lagi....
so apa lagi....tido la...
Berbeza kan aktiviti dia 15 tahun dulu dgn today...kalau today hari2 buat keje....
mcm tulah yaya sekarang....tokpa suruh belajar je.....sampai 10 buku dia beli....itu pun da 55 ringgit....mahal gile...

Monday 28 November 2011

Sembelih ibu sendiri...

Hari ni yaya bukak myMetro....tgk2 dah ada berita ni dpn muka...

KUALA LUMPUR: Seorang ibu berusia 75 tahun yang uzur dan lumpuh maut ‘disembelih’ anak lelakinya ketika dia tidur nyenyak di banglo di Taman Bukit Serdang, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, suspek berusia 35 tahun yang dipercayai mengalami masalah mental mengambil pisau di dapur rumah mereka dan mengelar leher ibunya yang tidur di atas katil di ruang tamu.
Difahamkan, ketika kejadian hanya mereka berdua berada di rumah dan suspek yang menerima rawatan di Unit Psikiatri, Hospital Serdang (HS), di sini, diberi tanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh memandangkan suspek tidak bekerja.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada jam 10.45 pagi.

“Hasil soal siasat seorang anak mangsa iaitu kakak suspek mendakwa dia datang ke rumah berkenaan untuk berjumpa ibu dan adik lelakinya namun terkejut apabila mendapati ibunya terbaring berlumuran darah.

“Sebaik menyedari kehadiran kakaknya, suspek cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya sebelum rebah ke lantai dan kakak membawanya ke HS untuk menerima rawatan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Tgh bawak ibu dia kt hospital...
Sumber : myMetro.
Babai semua....=)

Sunday 27 November 2011

Happy Birthday Tok Pa....

Happy Birthday to Tok Pa.....Semoga panjang umur dan murah rezeki...
Daripada kiri:Tokma,Nawal,Yaya,Haziq,Faris,Hana,Tokpa...
Kepada:Tok Pa
Daripada:Yaya

Thursday 24 November 2011

Happy birthday to you....!!!!

Sebelum tgk gambar jom kita layan lagu happy birthday dulu....

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Haziq Fahim,
Happy birthday to you....

Tambah sikit lagi....:Muaaaahhhh....I love you....

Skrg ni nyanyi lagu:Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Haziq Fahim...
Allah selamatkan kamu...

Skrg ni nak tau tak Haziq Fahim tu sape...????kalau nk tau sila baca n3 yg tak berapa menghiburkan ni...Haziq Fahim tu adik yaya....lupa nk ckp....ni Happy Birthday dia yg ke-5....selit gambar dkt bawah ni...
                                                                      *

                                                                      *

                                                                      *
Sorryla gmbar ada satu jer...takde gambar lainla...hehe...

P/S:Belajar rajin2 ok....jangan nakal k...hadiah takde...tahun depan kak yah bagi hadiah ok birthday boy...

Monday 21 November 2011

the cute cat...

hari ni yaya nk share gmbar kucing ni dia comel sgt....
*
*
*
*
*
jeng3...

comelkan...
ada lagi...

dia duduk dalam bakul ke beg tu???tak nampak...
comelkan tiga2 gambar kucing ni........
babai...(^_^)

Sunday 20 November 2011

Hati byk senang....(^_^)

skrg ni hati yaya byk senang...sbb cuti sklh....takyah bangun pagi...takyah kemas buku..takyah pegi sklh..semua takyah...mandi jgn takyah yer....sbb tu hati byk senang ooo....hari2 bangun lambat je...mandi lambat...semua lambat...hua3...pemalaskan yaya ni??????heheh...oleh sbb hari ni hati yaya senang...yaya nk taip lirik lagu Najwa Latif...(cinta muka buku)

yaya taip je yer..nyanyilah sendiri yer...kpd yg tak tau lagu ni  sila search kt youtube...nnti dia keluar...
_______________________________________________________________________________
Cinta muka buku
_______________________________________________________________________________

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. benarkah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku
sekian yer...mak dah penat menaip ni..tata..(^_^)

Thursday 17 November 2011

Angry birds

hari ni yaya nk cite psl angry birds yg tgh famous ni..

ada lagi dua gmbar...diorang berenam...jom tgk...

ok...sekian ye tuan2 ....

Thursday 10 November 2011

cerpen eh2 mana ada...

Aku melangkah laju menuju ke bilik kuliah yang berada di tingkat 3 dari bangunan 4 tingkat fakultiku. Beg belakang yang nak terjatuh ku bela. Hish!dalam hati dah mengamuk geram. Kalau tidak pasal mamat gila tadi dah tentu aku sampai awal. Bawa kereta tu pandang-pandanglah. Ni main redah je memecut dalam kawasan kampus. Ingat jalan bapak dia ke?Ni mesti Madam Rabiah dah masuk. Habislah!

Pintu bilik kuliah ku ketuk perlahan. Dengan muka tebal berinci-inci aku melangkah masuk. Muka Madam Rabiah dah masam.  Apalagi aku tersengeh jelah pandang muka garang dia. 

"Sorry lambat madam. Ada hal tadi?"

"Hmm..memandangkan ini first time awak lambat saya maafkan. Tapi ingat,lepas ni dah tak ada kompromi. Dah pergi duduk. Student yang lain pun dengar sini! lepas ni siapa lewat jangan masuk kelas saya.Faham!" Madam pandang semua student. 

"Fa..ham!" jawab ramai-ramai.Dah macam masa sekolah dulu.

Aku terus melangkah duduk dekat tempat yang geng aku dah cop. Dayana, Mastura dan Alia. Itulah 3 kawan baik aku. Dulu masa tahun 1 aku sebilik dengan Dayana dekat hostel. Mastura dengan Alia. Sekarang kami dah tahun akhir. Dah menyewa sama-sama.

"Apasal kau lambat?" Dayana menyoal.Mereka bertiga pandang aku.

"Ada accident tadi. Tulah pasal aku lambat. Nantilah aku cerita. Madam dah pandang tu." cepat-cepat aku pandang straight ke depan. Diorang bertiga pun sama. Madam meneruskan kuliahnya.

Habis je kelas kami berempat duduk-duduk dulu. Biar student lain keluar dulu. Malas nak berebut dekat pintu. Sambil kemas-kemas buku Dayana tanya balik soalan tadi. Aku pun buka ceritalah.

"Depan library tadi aku nyaris kena langgar. Memang siot gila mamat tu. Bawa kereta macam dekat litar. Nasib baik aku sempat elak." aku cerita dengan mimik muka sekali. Nak gambarkan bagaimana marahnya aku dengan kejadian tadi.

"Kau okey ke? Ada cedera?" Mastura membelek-belek tanganku.

"Tak ada apalah. Aku okey. Jomlah pergi makan. Lapar!" aku bangun. 

Kami beriringan berjalan ke kafe. Ramai betul orang makan tengahari dekat sini. Maklumlah,harga murah lepas tu sedap pula. Kami ambil tempat hujung sekali. Muat-muat kerusi dia ada 4. Lepas letak beg kami pergi beratur beli makanan. Sambil makan kami berborak. Macam-macam cerita keluar.

"Aku ada cerita hot ni. Sepanas jualan goreng pisang Mak cik Bibah dekat rumah tu." tiba-tiba Alia bersuara.

"Apa cer?" Mastura bertanya.

"Aku dengar ada student tahun 2 kena tangkap basah." perlahan Alia bercerita.

"Dengan pak we dia ke dengan orang lain?" Dayana menyoal pantas.

"Rasanya dengan pak we dia. Orang kata student sini juga. Sama-sama tahun 2."

"Apa lah diorang ni. Kalau nak kahwin,kahwin jelah. Ni sampai nak kena tangkap basah pula. Buat malu keluarga je." aku meluahkan pendapat.

"Kes nak kahwin free lah ni." gurau Dayana. Kami semua gelak.

"Keluarga tak restu agaknya." Mastura pula membuat andaian.

"Rasanya betul cakap Mastura tu. Keluarga tak bagi jadi diorang buat cara senanglah. Bila dah jadi macam ni keluarga kena bagi kahwin juga." Alia membuat rumusan.

"Macam-macam perangai ada." aku menggelengkan kepala. Kami bangun untuk menuju semula ke bangunan fakulti. Kelas Encik Halim pukul 2 nanti.

Bunyi hon memberhentikan langkah kami. Semua pusingkan kepala nak tengok apa masalah orang yang hon kami ni. Bukannya kami jalan tengah jalan. Aku membulatkan mata tengok kereta  Honda Civic warna hitam yang nyaris melanggar aku pagi tadi.

"Inilah mamat yang nyaris langgar aku pagi tadi. Dahlah tak minta maaf." luahku geram.

Lelaki tu keluar dan menuju ke arah kami.Sorang kawan dia turun mengikut manakala yang lain tunggu dalam kereta. Aku pandang je muka dia.Buat-buat berani gitu padahal kaki dah ketaq habis.Lelaki berbaju kemeja kotak-kotak biru putih itu memandang tepat wajahku.Aku terpaksa mendongak kerana lelaki berkaca mata itu agak tinggi.

"Kau yang nak kena langgar dengan aku pagi tadikan?"tanya lelaki itu sambil tersenyum sinis.

"Sebab kau aku kena marah dan dimalukan depan kawan-kawan tadi."sambung lelaki itu lagi.Matanya mencerlung memandangku.

"Awak ingat saya tak kena marah?"berani aku bertanya.Ingat dia sorang je ke yang terlewat.

"Hai budak ni,melawan nampak."lelaki itu mengetap bibir.

"Siapa budak?Cakap elok-elok sikit ye.Dahlah nyaris langgar orang tapi tak minta maaf langsung.Apa punya perangai tu?"selarku.Marah ni.

"Malas aku nak layan.Nah,kau punya kad matrik."lelaki itu membaling kad matrik di tangannya ke dadaku.Merah mukaku dengan perlakuan spontan lelaki tu.

"Mana awak dapat?"tanyaku bagi menutup malu.

"Masa kau blah tadi aku jumpa atas rumput.Kalau diikutkan hati nak je aku buang kad matrik kau ni.Tak ada masa aku nak pulangkan pada kau.Kawan aku yang baik hati ni yang suruh tolong pulangkan.Sebab member aku buatlah."lelaki itu menepuk belakang kawannya sebelum beredar.

Aku mengucapkan terima kasih pada kawan lelaki itu sebelum kami minta diri nak beredar.Menyampah aku dengan mamat yang bawa kereta tu.Kelas seterusnya berjalan lancar seperti biasa.Kami berempat pulang ke rumah sewa menaiki bas.

"Handsome juga mamat yang gaduh dengan kau tu."ujar Alia ketika kami semua duduk-duduk menonton tv.Aku mencebik.

"Agak-agaknya dia fakulti apa ek?Tahun berapa?"Mastura pula bersuara.

"Buat apa korang tanya pasal mamat jahat tu.Menyampah aku dengar.Muka handsome perangai hampeh buat apa."ujarku geram.Kawan-kawan baikku hanya tersengeh.

"Nampak macam anak orang kaya kan?Pakai kereta Honda Civic gitu."Alia menyambung bicara.Aku menutup telinga dengan kedua tapak tangan.Tak nak dengar apa-apa pasal mamat jahat tu.Mereka ketawa melihat aksiku.

"Orang tua-tua kata jangan marah nanti jadi sayang."Dayana mengusikku.Aku malas melayan terus masuk ke dalam bilik.

Hari-hariku berjalan seperti biasa sebagai seorang pelajar.Banyak assignment yang nak kena buat.Ada yang berkumpulan ada juga individu.Lagi 3 bulan aku nak final exam dan berakhirnya pembelajaranku.Hujung minggu ni kami semua bercadang nak jalan-jalan kat Bandar Melaka.

"Jadi tak esok nak pergi DP(Dataran Pahlawan)?"tanyaku selepas kami baru menghabiskan kelas  petang jumaat itu.

"Confirm.Kita pergi pukul 9.00 pagi."Mastura menerangkan.Kami mengangguk-angguk sambil kaki melangkah untuk ke pondok bas.Baru aku nak letak punggung ada kereta berhenti betul-betul depan kami.Lelaki itu menurunkan tingkap keretanya.

"Tunggu bas ke?"laung lelaki berkaca mata itu.Kawan-kawannya tersenyum saja.

"Tak,tunggu keretapi."balasku selamba.Makin kuat kawan-kawannya gelak.Dayana,Mastura dan Alia turut menyimpul senyum.

"Dah tahu tanya lagi.Nak apa?"tanyaku sambil menjeling lelaki itu.Hish!buat sibuk-sibuk je berhenti kereta dekat sini.Tahulah awak tu ada kereta!Aik,masa bila kami isytiharkan perkenalan antara kami?Kenal pun tidak main tegur-tegur pula.

"Saja.Aku kesian tengok korang kena tunggu bas.Oklah,kami yang berkereta ni nak jalan dulu ye."berlagak nada suara lelaki itu membalas.Keretanya ditekan minyak sebelum memecut laju.Aku mengetap bibir.Kurang ajar!

"Aku rasa nak belasah mamat tu."ujarku geram.

"Sabar Farah.Dia saja nak mengusik kau tu."Dayana menenangkanku.

"Kenal pun tidak nak main usik-usik pula.Ini sudah lebih!"

"Biarlah.Agaknya dia nak berkenalan dengan kau tak?Terpaut pada pandangan pertama."

Kembang tekakku mendengar omongan Mastura.Uwek!Tiba-tiba ada kereta Waja kelabu berhenti depan kami pula.Tingkap diturunkan.

"Nak tumpang ke?"laung Haikal classmate kami.Disebelahnya Maizura juga classmate kami merangkap teman wanita Haikal.Wajah Maizura mencuka memandangku.Apa hal?

"Tak apalah.Kami tunggu bas je.Lagipun tak muat empat orang nak naik kereta awak ni."jawabku.Aku rasa Dayana,Mastura dan Alia turut perasan sorotan mata Maizura yang macam tak nak kami tumpang kereta pak we dia je.

"Muatlah.Korang bukannya besar mana."

"Tak apalah Haikal.Kami tunggu bas je.Terima kasih ye."balas Dayana pula.Haikal akhirnya berlalu selepas beberapa minit.

"Aku rasa nak korek mata Maizura tu."Alia bersuara.Kami tergelak.

"Kita yang kenal Haikal tu dulu.Dia baru jadi awek Haikal dah nak berlagak.Ceh!bikin gua geram."Mastura mengepal penumbuknya.

"Tak apalah.Tu kan pak we dia.Mesti dia tak suka kita rapat dengan Haikal."aku bersuara perlahan.

"Hmm...bukannya salah Haikal nak kawan dengan kita.Bukan buat apapun."tidak ketinggalan Dayana meluahkan pendapat.

Malas nak berbahas panjang kami berhenti isu Maizura di situ.Keesokan seperti yang dijanjikan kami meronda-ronda bandar Melaka.Hampir jam 6 petang baru kami tiba di rumah semula.Masing-masing terbaring penat.Aku teringat kembali pertemuan dengan Maizura,Haikal dan mamat kereta Honda Civic tadi.

"Hai Farah."sapa Haikal ceria.Aku yang tengah tunggu tiga bestfriend aku yang pergi tandas agak terkejut.Maizura menjeling tajam.

"Jomlah.Kata tadi nak tengok wayang."Maizura menarik lengan Haikal.

"Sabarlah.Cerita tu kan belum start lagi.Farah datang dengan siapa?"

"Dengan kawan-kawan.Mereka pergi tandas kejap."aku menyampah tengok Maizura yang peluk tangan Haikal.Mana boleh pegang-pegang!

"Okeylah,saya pergi dulu.Jumpa nanti."Haikal meminta diri bila Maizura asyik menarik tangannya.Kalau tak diturutkan,merajuk pula.

Baru aku nak melangkah tiba-tiba bahuku dilanggar  seseorang. Wajah orang yang melanggarku buat angin gua meletus-letus.

"Kau lagi.Tak ada kerja lain ke selain melanggar orang."marahku.Bahuku dipegang kerana terasa sakit.

"Aku bukan sengaja nak langgar kau.Salah kau juga.Siapa suruh berdiri kat tengah-tengah ni."mamat Honda Civic membalas.

Dengan hati yang membara aku berlalu lepas nampak kawan-kawanku keluar dari tandas.Malas nak layan mamat tu.Tanpa mereka sedari ada mata yang melihat pertelingkahan tadi.Aku kembali ke alam maya bila telefon bimbitku berbunyi.Tertera nama mak di skrin pantas aku menjawab.

"Assalamualaikum,mak."

"Waalaikumusalam.Farah sihat?"

"Alhamdullilah.Mak dengan abah sihat?"

"Kami sihat.Atuk Farah yang sakit.Boleh Farah balik hari ni?Atuk nak sangat jumpa Farah."

"Ye ke.Nanti Farah balik."aku sudah panik.Selepas berbual sekejap aku terus mematikan talian dan mengemas baju.Terburu-buru aku keluar.Kawan-kawan yang lain semua di dalam bilik.Tidak sempat aku nak beritahu yang aku terpaksa balik kampung.

Hari Isnin kami ke kelas seperti biasa.Balik semalam Dayana,Mastura dan Alia membebel dekat aku.Katanya mereka risau tiba-tiba saja aku tak ada.Aku pun minta maaf dan cerita perkara sebenar.Masuk je dalam kelas aku rasa lain.Semua student pandang muka aku.Kenapa?

"Tak sangka dia sanggup buat macam tu.Nampak je baik."terdengar satu suara berbicara.Kami berempat yang tak tahu apa-apa buat dek jelah.

"Dia buat muka tak bersalah pula.Tak rasa malu ke?Ee..kalau aku dah tak sanggup nak masuk kelas lepas buat kerja terkutuk tu."suara Maizura terdengar lantang.Aku rasa pelik bila semua pandang tajam muka aku.

"Kau ada buat salah ke?"tanya Dayana perlahan.Mungkin dia menyedari mata-mata yang memandang tajam ke arahku.

"Tak adalah."ujarku yakin.

Alia  berbual dengan seorang rakan kami untuk bertanya hal yang sebenar.Berubah air mukanya tiba-tiba.Dia juga pandang tepat wajahku.

"Kau kena tangkap basah ke Farah?"tanya Alia terus.Mastura dan Dayana turut membulatkan mata.

Aku lagilah terperanjat.Fahamlah aku kenapa semua memandang tajam ke arahku.Cepat-cepat aku menggeleng.

"Eh,eh!Mana ada!Siapa yang buat cerita ni?"

"Kalau tak ada angin macam mana pokok boleh bergoyang."sindir Maizura.Aku jadi panas.

"Apa masalah kau?Aku cakap tak,taklah.Siapa yang mereka cerita ni?"marahku.

Satu kelas diam.Tiga kawanku turut mendiamkan diri.Aku yakin mereka percayakanku.

"Jangan nak cari alasanlah.Aku kenal lelaki yang kena tangkap basah dengan kau tu.Budak U ni juga.Namanya Danial Ikram.Dia naik  kereta Honda Civic hitam.Budak fakulti Kejuruteraan Mekanikal.Tahun akhir sama dengan kita.Aku tahulah!"Maizura melancarkan strateginya.

"Siapa yang kau cakap tu?Aku tak kenal pun mana-mana student lelaki dari fakulti Mekanikal.Entah-entah kau yang reka cerita nikan.Aku ada buat salah dengan kau ke?Kenapa fitnah aku macam ni."tahap kesabaranku sudah nipis.

Tiba-tiba pensyarah kami masuk.Tak jadi aku nak 'bergaduh' dengan Maizura.Hatiku yakin bahawa Maizura yang reka cerita ni.Sebab dia yang terover tahu semuanya.Selepas habis kelas pensyarah panggil aku.Katanya dia kesal dengan sikapku.Aku pening!Apa  maksudnya?

Rupa-rupanya Maizura dah canang cerita aku.Mana aku tahu?Dekan panggil tadi nak cakap pasal hal ni.Aku malu gila sebab hal ni berkaitan maruahku.Kalau mak dengan abah dapat tahu macam mana?Puas aku cakap yang aku tak kena tangkap basah dengan sesiapapun.Siap bersumpah-sumpah lagi.Dekan suruh aku panggil lelaki yang telah 'ditangkap' bersamaku.Lagilah aku pening.

Air mata dari tadi mengalir.Teringat kata-kata Maizura.Katanya lelaki yang 'ditangkap' bersamaku itu naik kereta Honda Civic hitam.Danial Ikram?Takkan dia kot?Baru aku nak fikir selanjutnya terdengar bunyi hon nyaring di belakangku.

"Masuk!"arah lelaki itu.Mukanya garang gila.Takut aku tengok.

"Tak sangka sampai macam tu sekali kau nak balas dendam."ujar lelaki itu kasar.Tersentak aku.Dahlah duduk berdua je dalam kereta ni.

"Aku tak faham?"ujarku tergagap-gagap.

"Kau yang reka cerita kata kita kena tangkap basah kan?Kau saja nak malukan aku."lelaki itu mengetuk stereng keretanya.

"Mma..naa ada!saya pun mangsa keadaan.Saya tak tahu langsung apa-apa pasal ni.Awak ingat saya suka?Saya perempuan.Macam mana kalau mak dan abah saya tahu?"tangis ku.Sedihnya.huhu.otak pula bengong sekarang ni.Tak dapat fikir apa-apa.

Lelaki itu mengeluh.Satu kelasnya sudah tahu yang dia 'ditangkap' basah semalam.Bagi menyelesaikan masalah,aku bawa Danial jumpa dekan.Lagi terkejut bila aku tahu yang Danial ni anak dekanku.Patutlah dekan marah gila-gila.Kami sedaya upaya yakinkan bahawa kami tak salah.Nasibku baik bila Dayana,Mastura dan Alia datang dan beritahu yang semalam aku balik kampung sebab atuk aku sakit.Macam mana aku boleh berada di dua tempat yang sama dalam satu waktu.Akhirnya dekan percaya selepas kami bersungguh-sungguh beritahu perkara sebenar.

"Tapi perkara ni dah malukan saya sebagai bapa Danial.Walaupun tak kecoh seluruh kampus tapi ada sesetengah pihak yang dah tahu.Saya akan siasat perkara sebenar.Siapa yang malukan awak,Danial dan saya sendiri."tenang dekanku bersuara.

Aku hanya diam.Tak sangka ada juga orang yang berniat jahat macam ni.Danial pula pandang muka aku tak berkelip.Selepas semuanya selesai kami masing-masing beredar.Seminggu kemudian kami dapat tahu hal sebenar.Betul sangkaanku yang Maizuralah pembawa cerita.

Rupa-rupanya Maizura dengar aku bergaduh dengan Danial masa dekat DP hari tu.Dia buat rancangan nak malukan aku sebab katanya aku cuba rampas pak we dia si Haikal tu.Dia nak Haikal benci aku lepas tahu yang aku kena tangkap basah.Rasa nak lempang je muka perempuan tu bila aku tahu perkara sebenar.

"Untuk pengetahuan kau aku tak minat langsung pada Haikal ni.Kami kawan je."ujarku ketika bersua muka dengan Maizura.Gadis itu digantung pembelajarannya.

"Aku tak suka kau baik dengan Haikal.Nanti dia tinggalkan aku sebab kau."

"Kenapa cakap macam tu Mai.Saya ikhlas terima awak masa mula-mula kita couple dulu.Kenapa awak tak percayakan saya?Saya anggap Farah dan semua kawan perempuan saya sebagai kawan je.Tak lebih dari itu."jelas Haikal sedikit kecewa.

Maizura menunduk.Jelas air matanya mengalir.Kesal mungkin!

"Saya minta maaf.Saya terlalu ikutkan perasaan.Saya tak fikir sebelum buat sesuatu.Farah,saya betul-betul minta maaf.Perbuatan saya ni dah malukan awak dan Danial."Maizura hanya menunduk.

Aku fikir sedalam-dalamnya.Nak maafkan ke tidak??Hmm..buat apa simpan dendam kan.Orang kata berdosa kalau tak maafkan orang yang ikhlas minta maaf dengan kita.Lagipun hal ni dah beres.Namaku dan Danial juga sudah bersih.Dengan senyuman aku mengangguk.

"Oklah,saya maafkan.Benda dah berlalu kan.Kita sama-sama ambil pengajaran dari apa yang berlaku ni.Mana tahu ada hikmah di sebalik semua ni.Tengok sekarang,kita dah jadi kawan."

Maizura terus memelukku.Aku membalasnya senang.Bermula dari hari ini kami mengishtiharkan persahabatan.

*****************************

Dah 2 tahun kejadian itu berlaku dalam hidupku.Sekarang aku dah kerja dekat sebuah syarikat swasta.Masih menyewa bersama geng lamaku.Cuma Mastura  yang dah tak join sebab dia dah kahwin tahun lepas.Dayana dan Alia bakal mengikut jejak Mastura tak lama lagi.Maizura pula sudah selamat diijabkabulkan dengan Haikal.Aku gembira tengok kawan-kawanku bahagia.Aku?Hmm..entahlah.Masih belum terbuka hati untuk mana-mana lelaki.Sejak dari kejadianku 'ditangkap basah' bersama Danial dulu aku dah tak jumpa dia lagi.

Habis exam dulu aku tercari-cari juga kereta Honda Civic hitamnya tapi tak jumpa.Walaupun baru kenal aku jadi asyik teringat dengan usikan nakal dia dulu.Kenapa ek?Entah apa kena denganku sehingga aku sanggup simpan duit gaji dan minggu lepas aku beli kereta Honda Civic Hitam juga.Kawan-kawan semua dah pelik dan mereka katakan aku rindu dekat mamat yang pakai kereta ni dulu.Betul ke?Kalau tidak kenapa sampai sekarang aku tolak kawan-kawan lelakiku yang nak minta couple.Argh..runsing..

"Malam sabtu ni kita ada reunion lah."jerit Dayana tiba-tiba.Tersentak aku yang sedang mengelamun jauh ni.

"Mana kau tahu?"tanya Alia excited.

"Ni ada dalam fb U kita.Semua student batch tahun kita dijemput hadir."Dayana memandang kami dengan senyuman panjang.

"Semua yang hadir mestilah datang berpakaian mengikut tema .Temanya 'bergaya dan anggun' dan WAJIB datang berpasangan."sambung Dayana lagi.Sengaja perkataan wajib itu ditekannya.

"Bestnya.Tak sabar nak tunggu sabtu ni."Alia menepuk-nepuk tangannya.Dayana pun sama.Mesti dalam kepala otak diorang dah bayang macam-macam jenis pakaian.

"Kau nak ajak siapa?"tanya Alia tiba-tiba.Aku mengangkat bahu.

"Kalau aku tak pergi tak apa ke?"tanyaku.Rasa malas pula.Nak berpasangan segala.Ngomelku.

"Mana boleh.Time ni lah kita nak jumpa kawan-kawan lama.Kawan-kawan satu batch dengan kita.Kalau pasal pasangan kau ajak jelah sape-sape yang bujang kat office kau tu.Bukannya tak ada yang minat kau.Kau yang jual mahal."Dayana memberi cadangan.Alia mengangguk setuju.

"Bukan jual mahallah.Dah memang aku tak berkenan dan tak terbuka hati lagi nak berpakwe nak buat macam mana.Kalau aku dah jumpa pasangan yang nak diajak nanti aku pergilah.Kalau tidak kirim salam ajelah."jawabku dan terus bangun masuk bilik.Terdengar Dayana dan Alia memanggil namaku tapi malas dilayan.

Aku tengah dalam kereta tunggu kereta nak bergerak.Biasalah jalan jammed petang-petang macam ni.Dengar hon sana hon sini.Pening aku!Tak sabar sangat sampai nak main hon-hon.Aku pasang radio.Entah lagu apa yang kedengaran.Aku pandang meter minyak.Jarum dah nak sampai E.Mana tidaknya minggu lepas last aku isi minyak.Nampak je Petronas aku belok.Aku kunci kereta dan turun nak pergi bayar.Tengah aku nak cari dompet dalam beg ada orang langgar aku.

"Auww..sakitlah.Jalan pandang mana?"marahku.Terus aku dongak.Terpana kejap.Betul ke dia ni?

"Jalan pandang awak."balas Danial selamba.Aku mengetap bibir.Rasa nak nangis pun ada.Semenjak dua menjak ni aku asyik teringatkan dia dan hari ni kebetulan pula jumpa setelah 2 tahun berlalu.

"Tak ada kerja lain ke asyik nak langgar orang?"marahku lagi.Tapi bukan marah betul-betul pun.Marah nak tutup rasa hati yang dah dup!dap!dup!dap!

"Dulu tu tak sengaja langgar.Hari ni saya saja-saja langgar awak.Nak tengok awak marah.Kita belum perkenalkan diri lagi kan.Dah 2 tahun baru nak kenal.Saya Danial.Danial Ikram."lelaki itu tersenyum.

"Farah Darwisya.Panggil Farah je."

"Oh..Farah.Sedap nama tu.Nak isi minyak ke?Biar saya tolong.Kereta mana?"lelaki itu tertoleh-toleh.

"Saya masuk bayar dulu.Kereta saya yang hitam tu."tunjukkusambil menghulurkan kunci.Danial pandang ke arah yang ditunjuk.Dia tersenyum panjang dan berlalu ke keretaku.

Lepas buat bayaran sebanyak 80 ringgit aku berlalu ke kereta.Danial sedang mengisi minyak keretaku.Aku tunggu kat tepi sampai dia siap.Dia mengisyaratkan aku parking kereta dekat tepi untuk berbual kejap.Aku akur.

"Hmm..awak dah tahu pasal reunion batch kita tu?"Danial buka bicara.Aku hanya mengangguk.Rasa tak percaya pula kami boleh duduk berbual cara baik berdua.

"Awak pergi dengan siapa?"tanyanya lagi.

"Entah.Rasanya tak jadi pergi kot.Lagi 3 hari tapi saya belum dapat partner yang sesuai.Awak pula?"

"Saya pun baru cadang tak nak pergi sebab belum ada teman."

"Tipulah tak ada teman.Muka macam awak takkan tak ada girlfriend."

"Betul.Tak tipu.Untuk pengetahuan awak saya ni masih solo tahu."Danial tersengeh.

"Yalah tu."cebikku.

"Saya tunggu orang yang kena 'tangkap basah' dengan saya 2 tahun dulu."ujar Danial serius.Terkejut aku.

"Awak kena tangkap basah?Dengan siapa?"ujarku bodoh.

"Dengan awaklah cik Farah Darwisya oi.Dah tak ingat ke incident kita kena tuduh dulu?"
-_________________________________________________________________________________
diambil daripada blog orang lain....:

Aku menepuk dahi.Ingat Danial kena tangkap basah betul-betul.Rupa-rupanya yang pasal kes kami dulu tu.Aku tersenyum lega.

"Awak pun tunggu dan rindu pada saya kan?"tanya Danial straight kena batang hidung aku.

"Eh,eh!Mana ada!Perasan."ujarku menutup getar di dada.

"Kalau tidak kenapa awak beli kereta sama dengan saya.Sebiji pula tu?"

"Mana ada sama.Kebetulan je tu."aku pura-pura ketawa.

"Mata tak dapat menipu cik Farah Darwisya.Hati kata lain mulut kata lain."sekali lagi Danial menyebut nama penuhku.Sedap je telinga ni dengar.Gatal!Aku tertunduk.

"Boleh awak temankan saya pergi malam reunion tu?"perlahan Danial bersuara.Seakan berbisik.

"Memandangkan saya pun belum ada pasangan saya setujulah."malu-malu kucing aku menjawab.

"Kalau saya nak awak jadi teman seumur hidup saya awak sudi tak?"tanya Danial lagi dengan nada yang sama.Dia tidak mahu buang masa lagi.Sudah 2 tahun dia fikir semasaknya soal hati dan perasaannya.Agaknya dia dipanah cinta pandang pertama.

"Apalah awak ni.Tak romantik langsung.Kalaupun nak melamar takkan dekat tepi jalan dekat Petronas ni."ujarku pura-pura merajuk padahal hati dah bersorak riang macam menang duit berjuta-juta.Baru aku sedar yang aku dah jatuh cinta pada mamat kereta Honda Civic hitam.

"Kalau awak setuju baru saya melamar cara romantik.Saya ikhlas ni tanya sudi tak awak temani hidup saya sampai akhir hayat?Sejak saya nyaris langgar awak dulu hati saya dah jatuh suka walaupun masa tu kita asyik gaduh je.Sebab tu saya suka kacau awak."bersungguh Danial berbicara.Nasib baik tak ada orang lain.

"Minta phone kejap."ujarku tiba-tiba.Danial dengan muka blur hulurlah juga handset dia.Aku tekan sesuatu pada keypad phone dia dan tak lama kemudian aku hulur balik.Aku bangun dan diikuti Danial.Kesian aku tengok muka dia yang menanti jawapan dariku.

"Jumpalah mak dan abah saya.No phone saya dah save dalam phone awak.Saya pergi dulu.Assalamualaikum."ujarku dan terus berlalu ke kereta.

Danial nampak macam bingung kejap dan selepas itu dia senyum.Ku lihat Danial membuka phonenya dan menaip sesuatu.Tidak lama kemudian handsetku berbunyi menandakan ada mesej masuk.

'thank farah.i really love u.nanti saya datang bawa lamaran meminang.beritahu mak n abah bersedia menantu mereka nak datang.:)-Danial Iqram-'

Aku tersenyum baca mesej Danial.Laju saja tanganku membalas.

'okey,saya tunggu.hmm..sebenarnya saya pun suka awak..pasal reunion tu jadi ye pergi ber2?'

Tiba-tiba tingkap keretaku diketuk dari luar.Danial!Aku terus keluar.Muka dah merah.Malu.

"Confirm!Nanti kita pergi beli baju ye.Lagi satu,tak payahlah tunang lama-lama.Kita nikah terus.Dah 2 tahun saya tunggu."selamba Danial berbicara.

"Itu tanya mak dan abah saya.Kalau mereka setuju saya ikut je."

Danial tersenyum panjang.Senang hati.

"Saya balik dululah."aku buka semula pintu kereta tetapi ditahan Danial.Dia merapatkan wajahnya ke wajahku.Apa hal ni?Jangan nak buat benda tak senonoh pula.

"Ini kereta sayalah.Kereta awak dekat sana."tunjuk Danial.Aku pandang sebelah.Aku pandang nombor plat.Argh..malunya!Mana nak letak muka.Cepat-cepat aku melangkah ke kereta sebelah.

"Tulah,beli sangat kereta yang sama.Kan dah tertukar."Danial bercanda.Makin merah mukaku.

"Okeylah,saya balik dulu ye."aku terus masuk dan hidupkan enjin kereta.Keretaku terus berlalu.Tidak lama kemudian kereta Danial menyusul.

"Aku dah dapat pasangan pergi reunion!"ujarku girang pada Alia dan Dayana.Mereka tersenyum.

"Siapa?"tanya Alia.

"Mamat kereta Honda Civic hitam."girang aku menyebutnya.Terlopong diorang berdua.

"Betul ke?Alhamdullilah.Akhirnya jumpa juga dengan dia.Memang jodoh korang lah agaknya."Dayana pula berbicara.

"Tapi nampaknya macam nak jadi pasangan seumur hidup je ni.Gumbira bukan main."Alia serkap jarang.Aku tertunduk malu.

"Betul ke?Wah,tahniah!"Alia dan Dayana memelukku bila aku cerita yang Danial nak datang meminang.

***************************************

Malam yang ditunggu-tunggu sudah tiba.Aku mengenakan gaun putih labuh dan tudung senada.Danial pula mengenakan tuksedo hitam.Nampak begitu kacak sekali.Ada beberapa mata memandang kami ketika menapak masuk ke dewan tadi.Aku jumpa kawan-kawan lama.Seronok sangat.Kebanyakannya semua sudah kahwin.

"Saya ada suprise untuk awak?"bisik Danial perlahan.

"Apa dia?"

Danial tidak menjawab dan terus naik ke pentas.Aku hanya memandang.Dayana dan Alia yang datang dengan tunang masing-masing turut pandang ke arahku.Mastura dan Maizura duduk dengan suami masing-masing.Semua mata tengok Danial atas pentas tu.

"Hari ni saya nak melamar orang yang saya sayang.Saya harap beliau sudi.Farah Darwisya binti Ferhad,sudikah awak menjadi isteri saya?"ujar Danial lancar.Tergamamku.Semua mata tertumpu padaku bila Danial turun dari pentas dan lampu hanya dinyalakan pada kami.

Danial mengeluarkan sebentuk cincin dan dia duduk melutut di depanku.Aku hanya diam.Terkejut sangat.Aku pandang wajah Alia,Dayana,Mastura dan Maizura yang duduk semeja denganku.Mereka mengangguk dalam senyuman.

"Terima!terima!"terdengar ada orang melaungkan kata-kata itu.Makin lama makin ramai pula yang ikut.Aku jadi malu.Danial tersengeh kerana mendapat sokongan.Dengan muka yang merah aku mengambil cincin di tangan Danial.Masa itu automatik dewan kembali senyap.

"Danial Iqram bin Ismadi,saya terima lamaran awak."bertapa malunya bila aku ucap perkataan itu.Dahlah depan orang ramai.Bergema tepukan orang ramai di dewan itu.Danial bangun dan tersenyum ke arahku.

"Terima kasih Farah."bisiknya hanya untuk pendengaranku seorang.Bahagianya saat itu!

Ya Allah Ya Tuhanku,kau berilah kebahagiaan kepada kami.Berkatilah hubungan yang bakal kami bina ini.Limpahkanlah kurnia ke atas kami.Amin Ya Rabalalamin.

tamat...